Proton Akan Menghasilkan Pelindung Muka Untuk Petugas Bahagian Hadapan

Seperti ramai sedia maklum, semua pihak kini sedang berusaha keras dalam menentang penularan wabak Covid-19, selain pada masa yang sama membantu petugas bahagian hadapan dalam pelbagai kaedah yang boleh dibantu. Proton kini turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan mereka akan menghasilkan pelindung muka untuk petugas bahagian hadapan negara.

Proton akan memulakan operasi pengeluaran untuk pelindung muka ini bermula 13 April ini, di ibu pejabat Proton di Shah Alam. Proton menyasarkan untuk menghasilkan sekitar 60,000 pelindung muka dalam tempoh 20 hari.

Proton Pelindung Muka

Proton Pelindung Muka

Proton dijangka akan menggunakan pelbagai kepakaran dalam penghasilan kereta untuk menghasilkan peralatan PPE (Peralatan Perlindungan Peribadi) untuk pekerja kesihatan, dan bekerjasama dengan rapat bersama pihak Kementerian dalam mengedarkannya mengikut tahap keperluan di setiap daerah.

Selain ini, Proton sebelum ini turut telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*