Proton Melancarkan Laman Khusus Untuk Menjual Kereta Terpakai Yang Diperakui

Proton hari ini telah melancarkan sebuah laman web baru, bagi memudahkan pengguna menjual dan membeli kenderaan Proton terpakai. Dengan langkah ini, Proton dilihat lebih mengawal penstabilan dan peningkatan harga kenderaan Proton terpakai di pasaran.

Melalui laman yang ditawarkan Proton bermula hari ini, ia memperlihatkan maklumat berkaitan kenderaan yang boleh didapati melalui 36 pengedar di seluruh negara.

Dengan langkah ini juga, ia memudahkan lagi proses tukar-beli kenderaan Proton. Untuk penyenaraian ini juga, sesuatu kenderaan perlu melalui pemeriksaan menyeluruh 201-mata, berusia kurang tujuh tahun, dan jarak perjalanan kurang 130,000 km.

Selain kenderaan Proton, kenderaan berjenama lain yang turut melalui proses tukar-beli turut akan ditawarkan melalui laman web ini. Apa pun, jaminan tambahan tidak ditawarkan untuk kenderaan jenama lain ini.

Dengan ini juga, Proton dilihat akan lebih mengawal ekosistem mereka, disamping memudahkan lagi beberapa urusan dalam pemilikkan kenderaan.

Layari : Proton Used Cars

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*