Prototaip Lapangan Teksi Terbang Volcopter Dibuka Di Singapura

Pada Mei lalu Volocopter memperlihatkan imej pengolokan VoloPort yang merupakan lapangan teksi terbang mereka. Di acara Transport Systems (ITS) World Congress yang sedang berlangsung di Singapura, prototaipnya telah diperlihatkan kepada pengunjung. Dengan pengenalan VoloPort, Volocopter dapat menawarkan perkhidmatan teksi terbang mereka kepada umum.

Singapura ialah antara negara di mana Volocopter telah berjaya diuji selain dari Dubai. Model terkini Volocopter Volocity yang diperlihatkan pada Ogos lalu boleh menawarkan penerbangan dalam lingkungan 35 km dari Volo Port dengan kelajuan maksimum 100 km/j. Setiap Volocity boleh membawa dua penumpang dengan bagasi.

VoloPort ini boleh dilihat sendiri oleh pengunjung di Marina Bay Sands. Turut dipamerkan ialah Volocopter 2X, prototaip teksi terbang awal dari mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.