Berita Menarik

PS4 Software Update 4.5 Sedia Dimuat-Turun – Menyertakan Sokongan Untuk Cakera Keras Luaran

Pembaca : 12
0 0

Sony sedia berkongsi mengenai beberapa ciri-ciri yang ditawarkan melalui kemaskini PlayStation System Software Update 4.5 sebelum ini, dan kini kemaskini berkenaan sudah sedia untuk dimuat-turun pada konsol PlayStation 4 anda.

Melalui kemaskini ini, beberapa ciri-ciri menarik disertakan oleh Sony, termasuk yang menjadi fokus utama adalah kebolehan menghubungkan cakera keras luaran – dan menyimpan pelbagai permainan terus padanya tanpa perlu risau kekurangan ruangan storan pada konsol anda.

PlayStation 4 HDD

Disamping itu, PlayStation juga kini menyertakan sokongan untuk berkongsi kemaskini terus pada skrin utama – lebih kurang seperti Facebook dan Twitter, selain memudahkan anda mengubah gambar latar dan sebagainya.

Dan khusus untuk pengguna PlayStation 4 Pro, Sony turut membawakan sokongan Boost Mode yang menawarkan prestasi lebih baik pada permainan lama.

Bagi anda yang menggunakan PlayStation 4 atau PS4 Pro, anda boleh menyemak kemaskini sistem anda, dan memulakan proses kemaskini hari ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.