Pusat Aplikasi Mudah Alih Kerajaan dengan Gamma

Logo-1-Gov-AppstoreSebagai seorang rakyat malaysia, Anda pasti akan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan sama ada di pihak kerajaan negeri atau pun persekutuan. Mampu dengan kerjasama pembangunan aplikasi dapat vista telah mengwujudkan satu pusat sehenti bagi aplikasi-aplikasi mudah alih kerajaan dan di beri nama Gerbang Aplikasi Mudah Alih atau singkatanya (GAMMA) .

Selain pengguna boleh memasang aplikasi mudah alih kerajaan menerusi apps stor atau google play . Bagi memudahkan Pengguna , Aplikasi GAMMA di sediakan yang mempunyai fungsi sama seperti apps stor dan google play . anda boleh melayari portal gama melalui laman sesawang gamma.malaysia.gov.my atau terus membuat pemasangan dengan melayari gamma.my .

Yang menariknya tentang aplikasi-aplikasi mudah alih di bangunkan kerajaan ini , Kebanyakan darinya telah di bangunkan sendiri secara dalaman oleh agensi berkaitan dengan mengunakan aplikasi yang telah di bangunkan oleh mampu di mana pembangunan aplikasi mudah alih kerajaan kini mampu disiapkan dalam masa 24 jam sahaja , Malah semua aplikasi mudah alih ini adalah percuma kepada rakyat malaysia.

Bagi memastikan pembangunan giat di jalankan oleh agensi , satu projek perintis telah di jalankan Oleh Mampu dengan kerjasama SKMM  serta satu pertandingan pembangunan appgen dalam masa 24 jam juga di adakan .  Pertandingan ini telah di menangi oleh SUK Pulau pinang dengan aplikasi AppSejahtera , Tempat ke 2 pula dimenangi oleh SPRM  manakala tempat ke tiga di menangi oleh kumpulan dari MOF dengan aplikasi iMOF Procurment .

Screen Shot 2016-02-17 at 10.58.53 PM

Pemenang Pertandingan pembangunan

Screen Shot 2016-02-17 at 11.00.33 PM

Aplikasi mudah alih dari peserta MOF

Terdapat banyak lagi aplikasi menarik dan mampu membantu anda untuk berurusan dengan kerajaan malaysia di portal gamma.

Screen Shot 2016-02-17 at 11.05.15 PM