AMPANG, 19 Disember – Dalam menambahbaik dan juga menyokong Dasar Komuniti Negara, Pusat Khidmat Masyarakat dan E-library diwujudkan.

Inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini selain menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat, ia turut menyokong inisiatif pendigitalan di peringkat akar umbi.

Menurut Menterinya Zuraida Kamaruddin, pusat ini membantu memastikan kualiti hidup komuniti selamat dan kondusif.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Khidmat Jawatankuasa Pengurusan Kemajuan dan E-Library Kampung Baru Kuala Ampang.

Untuk peringkat permulaan, Pusat Khidmat Masyarakat dan E-library akan beroperasi tiga hari seminggu.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.