Qualcomm kini dilaporkan menghadapi kesukaran dalam memenuhi permintaan cip pemprosesan yang digunakan pada telefon dan juga gajet lain.

Sejak daripada penghujung tahun lepas, pengeluaran cip dan beberapa komponen menghadapi kesukaran dalam pengeluaran. Ia terlebih dahulu memberikan impak terhadap pengeluaran cip untuk automotif, dan kini turut memberikan impak terhadap pengeluaran cip komputer, telefon dan gajet.

Qualcomm sendiri kini dikatakan menghadapi cabaran dalam memenuhi permintaan untuk cip-cip bagi digunakan pengeluar Android.

Perkara ini juga dijangka akan memberikan impak terhadap pengeluaran telefon pintar – sekaligus membuatkan beberapa peranti mungkin menghadapi kelewatan sebelum dipasarkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.