Berita Menarik

Qualcomm Hadir Dengan Cip Baru Untuk Peranti Berspesifikasi Pertengahan – Snapdragon 712

Pembaca : 12
0 0

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan platform cipset terbaru memfokuskan peranti berspesifikasi pertegngahan, iaitu Snapdragon 712. Cipset ini adalah penambah-baikkan kepada cip Snapdragon 710 sedia ada – dimana Qualcomm mengatakan ia menawarkan penambah-baikkan prestasi sekitar 10%.

Cip Snapdragon 710 hadir dengan rekaan berasaskan 10nm, dan menawarkan kelajuan sehingga 2.3Ghz. Ia turut dikatakan menawarkan sokongan grafik lebih 35% berbanding Snapdragon 710 sebelum ini melalui penggunaan Adreno 616 GPU – sekaligus menjadikan pengalaman memainkan permua pada telefon pintar lebih baik berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, cipset ini juga turut menawarkan sokongan untuk pengecasan pantas Quick Charge 4+, dan sokongan untuk rakaman video 4K Ultra HD melaluinya.

Untuk rakaman gambar, cipset ini menawarkan sokongaon Qualcomm Spectra ISP generasi kedua, selain mana ia turut menyertakan sokongan enjin Qualcomm AI untuk integrasi kecerdasan buatan.

Telefon pintar menggunakan cipset Snapdragon 710 ini dijangka diperkenalkan oleh beberapa pengeluar tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.