Qualcomm Melancarkan Cip Snapdragon XR2 Memfokuskan Peranti Realiti Meluas Dan 5G

Bermula dengan teknologi realiti maya (VR) kita kini sudah berevolusi ke dunia realiti terimbuh (AR) sebelum berubah me realiti gabungan (Mix Reality). Langkah seterusnya ialah Realiti Meluas (Extended Reality) yang juga dikenali sebagi XR. Kesemua elemen VR, AR, MR digabungkan di dalam XR bergantung kepada situasi dan penggunaan. Bagi menadi peranti XR generasi seterusnya, cip Snapdragon XR2 dilancarkan hari ini.

Snapdragon XR2 menggantikan Snapdragon XR1 yang diumumkan pada Mei tahun lalu. Cip Snapdragon XR2 akan menjadi cip pilihan untuk meningkatkan penggunaan teknologi XR di dunia sebenar. Dengan Snapdragon XR2, kemampuan CPU dan GPU adalah dua kali ganda serta sokongan resolusi skrin enam kali ganda lebih baik berbanding Snapdragon 835 yang digunakan pada peranti realiti terimbuh seperti Oculus Quest,

Sebanyak tujuh kamera disokong untuk tujuan menjejak kedudukan pengguna di dalam dunia maya secara 6 DOF, menjejak pergerakan kepala, menjejak pergerakan mata dan juga tangan secara serentak. Di dalam demo yang diperlihatkan di atas pentas, gabungan kuasa memproses yang tinggi dan multi-kamera membolehkan mesyuarat dilakukan di dalam dunia XR di antara empat pengguna secara serentak dengan elemen interaktif.

Skrin beresolusi 3000 x3000 pixel 90 FPS untuk setiap mata boleh digunakan bagi memberikan pandangan realiti yang lebih tajam, Menurut Qualcomm sokongan resolusi 8K 60FPS dan 4K 120FPS juga diberikan.

Turut diperlihatkan ialah rekaan rujukan cermin mata XR mereka yang akan menjadi templat untuk rakan niaga mereka. Pada waktu ini Qualcomm masih belum mendedahkan spesifikasi lengkap Snapdragon XR2. Ia hanya akan diumumkan dengan lebih mendalam dalam bulan-bulan mendatang Jadi kami menjangkakan ini mungkin akan dilakukan ketika acara CES 2019 yang akan berlangsung pada Januari 2020.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*