Qualcomm kini memberikan amaran berkaitan kesukaran memenuhi permintaan dalam arena semikonduktor – sekaligus memberikan petanda yang mana pengurangan pengeluaran cipset mereka yang tidak dapat memenuhi permintaan industri.

Sebelum ini, industri automotif sedia memaklumkan berkaitan cabaran pengeluaran semikonduktor yang memberikan kesan terhadap pengeluaran kenderaan. Nampaknya, kini selain industri automotif, cabaran industri semikonduktor ini turut akan memberikan impak kepada pengeluaran telefon pintar.

Ia diperkatakan permintaan untuk pengeluaran cip komputer, automotif dan peranti berhubung lain semakin meningkat dari hari ke hari, tetapi kilang pengeluarannya adalah terhad. Ini sekaligus membawa kepada pengeluaran yang terhad dan kekurangan berlaku di industri.

Qualcomm menyasarkan pengeluaran untuk pulih seperti biasa menjelang pertengahan kedua 2021 lepas.

Sebelum ini, Apple turut mengumumkan penyata tahunan mereka, dan mengatakan jualan iPhone 12 menjadi terhad kerana mereka sukar mendapatkan beberapa komponen dalam pengeluaran iPhone.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.