Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 732G – Bakal Hadir Pada Telefon Poco

Qualcomm hari ini memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 732G. Cip ini merupakan penambah-baikkan kepada Snapdragon 730G sebelum ini, dan hadir dengan kelajuan mencapai 2.3Ghz.

Snapdragon 732G

Selain cip pemprosesan Kyro 470 pada kelajuan mencapai 2.3Ghz, cip ini turut menyertakan sokongan GPU Adreno 618 yang menawarkan peningkatan pemprosesan grafik sehingga 15%.

Dengan penggunaan nama “G”, ia juga turut menyertakan sokongan Qualcomm Snapdragon Elite Gaming untuk pengalaman permainan permua lebih baik.

Qualcomm turut mengatakan cip pemprosesan ini akan digunakan pada sebuah telefon Poco baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*