Rahsia S Pen dalam Samsung Galaxy Note9

Share Button

Samsung Galaxy Note9. Siapa yang tidak kenal tentang phablet ini dan siapa juga tidak kenal kepada jiwanya iaitu S Pen.

Jom Sam jelaskan tentang apa yang anda peroleh dengan nilai RM3,699 atau RM4,099 melalui versi 6GB+128GB atau 8GB+512GB pada Note9 ini.

Paling utama, keupayaan menulis menggunakan S-Pen pada permukaan skrin tanpa perlu mengaktifkan telefon.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengeluarkan pen dari bahagian bawah telefon dan mula menaip di atas paparan berwarna hitam sehingga 100 muka surat. Setakat ini, Sam pun hanya mampu menaip sehingga 30 muka surat saja iaitu draf sebuah novel.

Lagipun, kalau anda kerap menjadikan tandas sebagai ‘pusat mengembangkan idea’ boleh menaipnya pada skrin kerana dalam keadaan basah sekalipun, ia masih beroperasi dan S-Pen masih boleh digunakan.

Fungsi S-Pen saja sudah banyak yang boleh diteroka. Screen Write misalnya membolehkan anda menulis di atas skrin.

Misalnya, jika anda sedang bekerja dan individu lain menghantar fail, anda boleh mengaktifkan S-Pen dan membetulkan kesalahan misalnya membulatkan teks atau gambar tertentu.

Ya, jika anda pemilik butik, pereka grafik, akauntan dan macam-macam jenis pekerjaan lain pun boleh memanfaatkan fungsi ini dengan hebat.

Kemudian, ada pula Smart Select. Pilih ikon ini selepas mengaktifkan S-Pen kemudian lakukan ‘cut and paste’ imej dan gabungkannya ke mana-mana gambar lain.

Misalnya, penguji memotong imej logo Samsung dan kemudian menampalnya ke atas slaid persembahan untuk tujuan kerja, lebih mudah berbanding membuka Photoshop atau menggunakan PowerPoint.

Apabila bercakap mengenai ‘sharpness’ S-Pen ini, ia memungkinkan anda melukis hingga ke butiran yang sangat jelas seakan apa anda pegang itu bukanlah S-Pen tapi pensil biasa dengan contengan di atas kertas.

Imejnya sangat terperinci dan peka.

Keluarkan S-Pen dan memo, lukis saja di permukaan dan garis digital akan keluar selari dengan pergerakan tangan anda.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.