TechSemut Malaysia

Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi

Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi

Rainbow Jawi Memudahkan Anak Anda Pelajari Penggunaan Dan Penulisan Jawi
Januari 28
10:54 2017

Cool Code merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam arena startup tempatan. Mereka sebelum ini telah hadir dengan permainan Didi & Friends Playtown (Android/iOS) hasil kerjasama DD Animation Studio dan Astro, selain turut menawarkan sejumlah permainan berbentuk pendidikan. Terkini, Cool Code turut telah menerbitkan sebuah permainan berbentuk pendidikan baru yang dinamakan sebagai Rainbow Jawi.

Melalui Rainbow Jawi, aplikasi permainan berbentuk pendidikan ini memfokuskan kepada pembelajaran asas Jawi oleh kanak-kanak – terutamanya yang dibawah 10 tahun.

Rainbow Jawi

Aplikasi ini terbahagi kepada beberapa kategori, membolehkan anda memilih sama ada untuk belajar abjad terlebih dahulu, belajar menulis, atau melihat penggunaannya dalam bentuk perkataan. Disamping itu, aplikasi ini juga turut memaparkan pembelajaran angka Jawi melaluinya. Ia dilihat, pembangun aplikasi ini turut akan menawarkan kandungan tambahan dari masa ke semasa melalui Rainbow Jawi ini.

Rainbow Jawi

Komponen belajar menulis Jawi sendiri boleh dikatakan memberikan aplikasi ini sedikit kelebihan berbanding beberapa aplikasi seumpamanya yang lain. Ia membolehkan pengguna – terutamanya anak-anak anda berinteraksi dan belajar kaedah menulis, berbanding hanya belajar menyebutnya sahaja. Ibu bapa juga turut boleh meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka ketika menggunakan mod ini.

Rainbow Jawi

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dan menggunakannya dalam mempelajari penggunaan Jawi. Aplikasi Rainbow Jawi ini ditawarkan untuk Android dan iOS.

Muat-Turun Rainbow Jawi untuk Android

Muat-Turun Rainbow Jawi untuk iOS

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com