Rakam karaoke anda guna S Pen pada Samsung Galaxy Note9

Share Button

Baiklah, kita bayangkan begini, anda mungkin selalu menggunakan telefon untuk merekod audio misalnya ketika dalam kelas atau jamming dalam studio.

Anda tekan butang rekod pada telefon dan ia beroperasi terus merekod bukan? Kemudian anda perlu tekan semula untuk tutup atau habiskan rakaman audio.
Semuanya memerlukan anda memegang fon itu sendiri.

Tapi dengan S Pen, ia boleh mengawal Samsung Galaxy Note9 yang ada fungsi rekod audio terutama memo tersebut. Hanya gunakan butang pada S Pen untuk mula atau tutup.

Selain itu, S Pen ini banyak fungsinya, untuk mengecas S Pen pula, hanya cukup dengan masukkan kembali ke slot dalam telefon selama 30 saat.
Dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen baharu itu berkeupayaan untuk menyampaikan cara baru dalam mengendalikan Note9.

S Pen terus diperbaharui fungsi, sebelum ini ia hanya melakukan catatan dan melukis tapi sekaranganda juga boleh menggunakannya untuk mengawal pembentangan anda.
Hanya dengan sambungan bluetooth, S Pen kini turut boleh menjadi pengawal pembentangan anda. Ia selepas anda melalui sambungan fail ke TV besar atau monitor atau mana-mana skrin lain.

Tap sekali pada S Pen untuk ke slaid berikutnya atau dua tap untuk slaid sebelum, ia sangat berguna untuk Microsoft PowerPoint. Malah ketika pembentangan, orang lain pun boleh memuatkan komen atau menukar/mengubah slaid tersebut pada masa yang sama.

Lebih menarik, ketika seseorang sedang membentangkan video sekalipun, ia boleh mengambil nota menggunakan Note9 yang sedang strim kandungan ke skrin tersebut.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.