TechSemut Malaysia

Rancang Kewangan Masa Depan Anda Dengan Aplikasi Financial Insight

Rancang Kewangan Masa Depan Anda Dengan Aplikasi Financial Insight

Rancang Kewangan Masa Depan Anda Dengan Aplikasi Financial Insight
Jun 05
16:20 2018

Wang simpanan sangat penting untuk kegunaan kita semua pada masa akan datang dan semestinya perlu disimpan apabila tiba waktu kita untuk bersara kelak. Semua orang sedia maklum tentang betapa pentingnya untuk menyimpan wang tetapi ramai yang tidak pasti berapa banyak yang mereka perlukan untuk menghadapi tempoh persaraan.

Jadi, aplikasi Financial Insight telah dilancarkan untuk pengguna membuat pengiraan dan merancang simpanan mereka sekaligus memudahkan mereka untuk memahami kepentingan menyimpan secara tetap.

Orang ramai kini boleh memeriksa kedudukan kewangan masing-masing semasa bersara melalui aplikasi mudah alih Financial Insight ini. Aplikasi ini dilancarkan oleh VISA dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Aplikasi ini dihasilkan dengan harapan dapat membantu pengguna dalam merancang kewangan mereka pada masa akan datang sekaligus membolehkan pengguna untuk mengetahui sama ada jumlah simpanan yang mereka miliki apabila mereka bersara kelak mencukupi ataupun tidak.

Penggunaan aplikasi ini sangatlah mudah dan senang. Bagi memulakan penggunaan aplikasi ini, pengguna perlu mengambil gambar mereka sendiri dan menjawab beberapa soalan berkenaan kewangan mereka seperti status terkini wang simpanan mereka, jumlah wang yang mereka ingin miliki apabila sudah bersara, dan jangkaan umur mereka ingin bersara.

Apabila soalan-soalan tersebut sudah selesai dijawab, wajah pengguna akan terpapar yang menunjukkan jangkaan imej mereka apabila mereka bersara kelak. Wajah gembira dan cantik akan terpapar sekiranya status kewangan pengguna adalah positif dan baik. Manakala, wajah pengguna yang berkedut dan muram akan ditunjukkan sekiranya keputusan jangkaan kewangan mereka adalah negatif.

Setelah pengguna telah mengetahui jangkaan kewangan mereka pada masa hadapan, aplikasi ini akan memberikan tip-tip tentang apa yang perlu dilakukan oleh pengguna sekiranya keputusan jangkaan kewangan pengguna tidak baik ketika persaraan mereka.

Kesimpulannya, aplikasi ini sangat membantu dalam merancang kewangan kita semua pada masa akan datang. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya untuk mengasingkan sejumlah pendapatan bulanan mereka dengan tujuan untuk memastikan kewangan mereka mencukupi apabila tiba masa untuk bersara kelak.

Berita baik untuk pembaca Amanz dan juga pengguna aplikasi ini dimana para pengguna kini boleh menyertai satu pertandingan Financial Insight untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM1000 bermula 5 Jun sehingga 30 Jun 2018. Pemilihan pemenang adalah secara rawak dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah seperti berikut:

  • Tempat Pertama: Kupon Shopee RM 300 x 1 pemenang
  • Tempat kedua: Kupon Shopee RM 100 x 2 pemenang
  • Tempat ketiga: Kupon Shopee RM 50 x 6 pemenang
  • Tempat keempat: Kupon Shopee RM 10 x 20 pemenang.

Apa yang pembaca perlu lakukan untuk memenangi pertandingan ini adalah, pengguna perlu kongsikan rakaman skrin yang menunjukkan keputusan jangkaan imej mereka apabila mereka sudah bersara di ruangan komen artikel di Facebook kami – sama ada wajah gembira atau sedih. Pengguna boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan gaya yang menarik pada imej tersebut. Aplikasi Financial Insight ini kini boleh dimuat turun dari App Store untuk pengguna iOS dan Play Store untuk pengguna Android.

Sertai Pertandingan: Amanz x Visa Financial Insight

Muat-turun: Aplikasi Financial Insight iOS

Muat-turun: Aplikasi Financial Insight Android

Penafian: Advertorial dari Visa

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com