Berita Menarik

Rang undang-undang teknologis dan juruteknik 2014 diperkenalkan

Pembaca : 59
0 0

lembaga

Satu rang undang-undang baru bagi pengamal dalam bidang it dan teknlogi telah di bahas buat pertama kali di parlimen pada 27/11/2014 dan  Kandungan ini boleh di muat naik dari laman parlimen malaysia antara kandungan nya adalah penubuhan satu lembaga bagi mengawal selia aktiviti dan segala pentauliahan pengamal teknologi ini. Jika anda mengetahui bagaimana pentauliahan Jurutera dan Doktor ia seperti itu juga. Jika rang undang-undang ini dalaksanakan nanti , segala pengesahan untuk projek-projek teknogis dan teknikal perlulah mendapat kelulusan dari mereka yang telah mendapat pentauliahan lembaga ini. Lembaga ini dikenali sebagai Lembaga Teknologis Malaysia. Bagi mereka yg telah mendaftar , Gelaran yang akan digunapakai adalah Ts dan C.Tech .

Berikut adalah serba sedikit maklumat tentang pentauliahan dan pelaksanaan nya.

Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia

4.

(1) Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai “Lembaga Teknologis Malaysia” ditubuhkan.

(2) Lembaga adalah kekal turun temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3) Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; (c) dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (b); dan (d) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Lembaga.

Fungsi Lembaga

5. Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) untuk mengiktiraf Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah sebagai profesional;

(b) untuk menyimpan dan menyenggara Daftar di bawah seksyen 17;

(c) untuk menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pendidikan dan latihan dan untuk mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan, program pembangunan profesional bagi orang berdaftar untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka yang berhubungan dengan profesion mereka;

(d) untuk menjalankan penilaian atau menyebabkan supaya penilaian dijalankan oleh institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi maksud penerimaan masuk ke dalam profesion;

(e) untuk menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesion teknologis dan juruteknik; dan

(f) secara amnya, untuk menjalankan segala tindakan dan melakukan segala benda sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

 

Teknologis Profesional

19. Seseorang Teknologis Profesional berhak untuk—

(a) meluluskan dan mengesahkan cara atau perjalanan perkhidmatan teknologi yang hendak dijalankan;

(b) memperihalkan atau mengemukakan dirinya di bawah apa-apa nama, gelaran atau jawatan—

(i) yang mengandungi perkataan “Teknologis Profesional” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain; (ii) yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan untuk membayangkan bahawa dia ialah seorang Teknologis Profesional;

(iii) menggunakan gelaran singkatan “Ts.” bagi Teknologis Profesional sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga; atau (iv) menggunakan singkatan “P.Tech.” bagi Teknologis Profesional dan kepakarannya selepas namanya dengan kelulusan Lembaga;

(c) menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia ialah seorang Teknologis Profesional; dan

(d) menggunakan cap sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

 

Juruteknik Bertauliah

20. Seseorang Juruteknik Bertauliah berhak untuk—

(a) meluluskan dan mengesahkan cara atau perjalanan perkhidmatan teknikal yang hendak dijalankan;

(b) memperihalkan atau mengemukakan dirinya di bawah apa-apa nama, gelaran atau jawatan—

(i) yang mengandungi perkataan “Juruteknik Bertauliah” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain; (ii) yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan untuk membayangkan bahawa dia ialah seorang Juruteknik Bertauliah;

(iii) menggunakan gelaran singkatan “Tc.” bagi Juruteknik Bertauliah sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga; atau

(iv) menggunakan singkatan “C.Tech.” bagi Juruteknik Bertauliah dan kepakarannya selepas namanya dengan kelulusan Lembaga;

(c) menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia ialah seorang Juruteknik Bertauliah; dan (d) menggunakan cap sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

 

Sama-sama lah kita tunggu akan keputusan yang akan di buat oleh pihak parlimen dalam rang bagi memantapkan kerjaya pengamal teknologi dan teknikal di malaysia.

 

Sumber :-

www.parlimen.gov.my

 

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %