Rangkaian Berasaskan Kuprum (Seperti Digunakan Streamyx) Akan Ditamatkan Menjelang 2023

Pada hari ini, kerajaan menyasarkan untuk menawarkan kelajuan internet yang berganda kepada pengguna. Selari dengannya, kini pelbagai syarikat telekomunikasi menawarkan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi bermula 30Mbps kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, tidak semua lokasi yang diliputi rangkaian fiber, dan masih terdapat sejumlah besar lokasi yang menggunakan rangkaian berasaskan kuprum. Hal ini sekaligus membuatkan kelajuan maksima yang dinikmati adalah sekitar 8Mbps, dan boleh dikatakan kadang-kala tidak stabil – serta ramai yang masih terikat dengan kelajuan sekitar 1Mbps sahaja.

TM Streamyx Unifi

Pada hari ini, masih ramai pengguna yang menggunakan perkhidmatan berasaskan rangkaiam kuprum ini – termasuk Streamyx sendiri yang mempunyai hampir 700,000 pelanggan, selain syarikat telekomunikasi lain seperti Maxis yang menawarkan perkhidmatan internet melalui rangkaian kuprum ini.

Menyentuh mengenainya secara ringkas, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan yang mana dibawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, mereka menyasarkan untuk menamatkan rangkaian kuprum menjelang 2023 kelak. Hal ini juga selari dengan kapasiti rangkaian kuprum yang tidak dapat memenuhi permintaan pengguna pada hari ini.

Kerajaan juga menyasarkan yang mana menjelang 2023 kelak, liputan jalur-lebar mencapai 98% dengan kadar kelajuan minimum 30Mbps.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.