Rasai pemandangan Kereta Kabel Langkawi dengan google street view

Jika anda mengemar melancung , Kemudahan google street view yang di datangkan bersama google map  amat beguna bagi anda . Sebagai alat untuk anda melihat dan teroka kawasan percutian yang anda inginkan malah memudahkan anda mendapat maklumat awal tentang lokasi percutian , keadaan mukabumi , budaya dan kawasan-kawasa pelancungan dan percutian menarik yang anda boleh lawati .

 

Pemandangan dari kereta kabel khas google street view .

Pemandangan dari kereta kabel khas google street view .

Dengan mengunakan kemudahan ini juga anda boleh merasai pengalaman pemandangan sekitar sesuatu kawasan tumpuan orang ramai , Sebagai contoh kini anda mampu merasai pengalaman menaiki kereta kabel langkawi secara maya dengan google street view . Sudah pastinya pengalaman sebenar bercuti dan melawati sesuatu kawasan lebih menenangkan dan bermakna .

Kewujudan google street view ini bukan sahaja membantu kita menjelajah bumi melalui internet malah lebih berguna ia dapat memantu untuk tujuan mendapatkan maklumat bagi sesuatu tempat dengan lebih tepat dan terperinci . Kini sebelum anda “kerja luar” atau ingin bercuti , Pastikan google street view menjadi alat untuk anda membuat kajian awal sebelum anda bercuti . Selain street view , kemudahan lain yang amat berguna dari aplikasi google map adalah pengiraan luas kawasan , pengiraan jarak , membezakan jarak perjalanan dan jalan altenetif , paparan kemudahan-kemudahan seperti hotel pusat beli belah kemudahan awam dan sebagainya.

layari maps.google.com.my  dan mulakan penerokaan anda secara maya .