Rasmi : Intel Mengambil-Alih Moovit Dalam Perancangan Menawarkan Perkhidmatan Roboteksi

Lanjutan daripada desas-desus beberapa hari yang lepas, kini secara rasminya telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih aplikasi transit popular, Moovit pada nilai mencapai $900 juta.

Moovit

Bagi yang tidak mengenali akan Moovit, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna merancang perjalanan menggunakan kenderaan awam. Ia ditawarkan di lebih 3100 bandar utama di 102 buah negara – termasuk Malaysia.


Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui ketibaan bas atau keretapi dalam bentuk masa-nyata, dan merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Moovit dijangka akan memudahkan lagi Intel dalam membangunkan penyelesaian swapandu menyeluruh, termasuk perkhidmatan roboteksi. Intel menyasarkan industri roboteksi bernilai sekitar $160 bilion menjelang tahun 2030 kelak.

Selain Intel, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena pengangkutan, termasuk kenderaan swapandu dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*