Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran program kredit ePenjana, sekaligus membolehkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun menerima kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital.

Untuk tujuan ini, tiga dompet digital terpilih, iaitu Boost, GrabPay dan juga Touch ’n Go eWallet. Pengguna boleh memohon kredit melalui hanya salah satu dompet digital berkenaan.

Kredit ePenjana RM50 ini boleh ditebus antara 31 Julai hingga 24 September 2020 kelak, dan perlu digunakan sebelum 30 September 2020.

Pengguna perlu memuat-turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar menggunakannya, serta menggunakan nama yang sama (seperti kad pengenalan) pada dompet digital untuk tujuan penebusan kredit berkenaan.

Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen ePenjana ini – sekaligus secara keseluruhan pengguna menerima penggunaan bernilai RM100.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.