Rasmi : Microsoft Edge Untuk Desktop Akan Dibangunkan Menggunakan Enjin Sama Seperti Google Chrome

Microsoft hari ini mengumumkan beberapa perubahan untuk pelayar web Microsoft Edge mereka. Perubahan paling besar yang diumumkan adalah dimana Microsoft akan menggunakan projek sumber terbuka Chromium dalam pembangunan pelayar web Edge mereka – sekaligus menggunakan enjin yang sama seperti digunakan pada Google Chrome.

Bagi pengguna Microsoft Edge sedia ada, anda tidak perlu risau akan mengenai perubahan ini. Hal ini kerana pelayar web Edge akan terus ditawarkan seperti biasa, dan perubahan penggunaan enjin ini akan berlaku pada versi pelayar web akan datang. Malah, perubahannya mungkin tidak akan disedari oleh kebanyakkan pengguna.

Dengan peralihan ini, ia sekaligus akan membolehkan Edge memaparkan web dengan lebih konsisten, selain menyokong pelbagai teknologi web baru yang telah diimplementasi dan diuji pada Chromium.

Microsoft juga turut mengatakan mereka akan menyumbang dengan lebih aktif pada projek Chromium – sekaligus bersama dalam pembangunan enjin pelayar web yang mesra untuk semua pengguna, dan juga pembangun.

Buat masa ini, Microsoft belum mengumumkan lagi bilakah Microsoft Edge menggunakan enjin Chromium akan diperkenalkan kepada pengguna Windows. Microsoft menyasarkan pengenalan versi pembangunan awal untuk pelayar web Edge ini pada awal 2019 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.