Rasmi – MWC Barcelona 2020 Dibatalkan Akibat Wabak Koronavirus

Spekulasi mengenai pembatalan MWC Barcelona 2020 mula didengari selepas beberapa syarikat besar mengumumkan penarikan diri mereka pada acara tahun ini. Pagi ini pihak GSMA akhirnya mengesahkan MWC 2020 Barcelona dibatalkan akibat kerisauan mengenai wabak Covid-19 atau lebih dikenali sebagai koronavirus baharu.

Ini ialah tahun pertama acara dibatalkan sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 2006. Sebelum ini kami melaporkan pihak GSMA akan membincangkan pembatalan acara pada hari Jumaat. Namun selepas Nokia menarik diri semalam, ia memaksa GSMA untuk mengumumkan pembatalan lebih awal. Sungguhpun acara telah dibatalkan. beberapa pengeluar seperti Sony akan terus mengadakan pelancaran peranti baharu secara atas talian.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*