TechSemut Malaysia

Rasmi: MyEG Membeli 67% Pegangan Eat Drink KL Pada Nilai RM 1.25 Juta

Rasmi: MyEG Membeli 67% Pegangan Eat Drink KL Pada Nilai RM 1.25 Juta

Rasmi: MyEG Membeli 67% Pegangan Eat Drink KL Pada Nilai RM 1.25 Juta
Mei 22
23:51 2017

EDKLPada Khamis minggu lepas, MyEG dikhabarkan dalam perbincangan untuk membeli laman ulasan makanan Eat Drink KL yang menyenaraikan mengenai makanan yang menarik serta lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Laman ini telah beroperasi dari tahun 2009 berdasarkan dari lokasi pertama yang telah diterbitkannya.

Dan pada Jumaat lalu, menerusi pengumuman Bursa Malaysia, MyEG secara rasminya telah membeli 67% pegangan saham pada syarikat yang mengendalikannya iaitu Essential Reviews Sdn Bhd. Pemilikan 67% ini bernilai RM 1.25 Juta ringgit dan sekaligus memberikan kuasa untuk MyEG mengendalikan syarikat ini.

Dengan pelaburan ini, ia sekaligus menguatkan portfolio digital MyEG termasuklah syarikat produksi Hurr TV dan MyMotor.my. Malah, arena digital tempatan dilihat aktif pada bulan ini termasuklah pengambilalihan Rev Asia oleh Media Prima yang bernilai RM 105 Juta.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com