Beberapa hari yang lepas, kita telah melihat WhatsApp Beta menguji ciri panggilan suara sehingga 8 orang. Hari ini, bersama-sama pengumuman pengenalan Messenger Rooms, pihak Facebook turut mengesahkan yang mana WhatsApp akan menyokong panggilan suara dan video sehingga 8 orang.

WhatsApp Group

Dengan kebolehan ini, ia sekaligus memudahkan pengguna membuat panggilan suara atau video diantara rakan-rakan lain terus melalui WhatsApp. Sebeelum ini, ia dihadkan kepada sehingga 4 orang sahaja (termasuk pemanggil).

WhatsApp turut mengatakan, semua panggilan suara dan video ini hadir dengan penyulitan penuh untuk tujuan sekuriti, sekaligus mengelak orang lain mendengar perbualan anda.

Ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna WhatsApp tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.