Rasmi : TIME kini Menawarkan Internet Berkelajuan 100Mbps Pada Harga RM99, 1Gbps Untuk RM199 Sebulan

Seperti yang kami laporkan semalam, hari ini TIME melalui laman rasmi mereka telah pun menerbitkan pakej terbaru mereka yang menawarkan akses internet pada kelajuan mencapai sehingga 1Gbps.

Pakej terbaru TIME ini hadir dengan tiga pilihan kelajuan, iaitu 100Mbps (RM99/sebulan), 500Mbps (RM139/sebulan), 1Gbps (RM199/sebulan). Ketiga-tiga pakej ini ditawarkan dalam pilihan kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan – dimana bagi anda yang memilih pakej kontrak 12 bulan akan diperlukan untuk membayar RM300 ketika mendaftar.

TIME Internet

Disamping itu, untuk pakej 100Mbps, ia menawarkan kadar muat-turun dan naik yang sama, iaitu 100Mbps. Untuk pakej 500Mbps dan 1Gbps, ia hanya menawarkan kadar muat-turun pantas mengikut pakej, tetapi muat-naik dihadkan kepada 500Mbps sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman TIME hari ini, dan mendaftar pakej 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.