Razer Blade 15 Kini Hadir Dengan Pilihan Warna Putih

Model baharu Razer Blade 15 Mercury White dilancarkan dalam warna putih edisi terhad. Ia dilengkapi skrin 15.6″ HD penuh 144Hz dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke lapan dan kad grafik NVIDIA GeForce 1070 Max-Q 8GB GDDR5, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 2TB SSD. Setiap kekunci pada komputer riba ini hadir dengan sistem cahaya tersendiri yang dikawal menggunakan Razer Chroma. Ia masih lagi kompak dengan berat hanya 2.07 kilogram.

Turut dilancarkan ialah  ialah komputer riba Razer Blade 15 Base Model. Ia masih lagi dilengkapi skrin 15.6″ HD penuh dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke lapan dan kad grafik NVIDIA GeForce 1060 Max-Q 6GB GDDR5, memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 256GB SSD. Model asas juga hadir dengan papan kekunci berlampu zon tunggal Razer Chroma dalam kerangka kompak seberat 2 kilogram.

Razer Blade 15 Base Model dijual pada harga bermula $1599 (~RM 6650) manakala Blade 15 Mercury White dijual pada harga bermula $2199 (~RM 9146).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.