Razer Chroma Kini Boleh Dikawal Dengan Pembantu Maya Amazon Alexa

Razer sedia terkenal dengan sistem lampu RGB tersendiri, Razer Chroma. Kesemua produk Razer yang mempunyai sistem Razer Chroma ini boleh dikawal dengan perisian mereka tersendiri – Synapse 3. Cuba and bayangkan, sistem RGB Razer Chroma ini adalah sebahagian dari peranti berhubung, seperti lampu pintar!

Ini adalah realiti! Razer mengumumkan kerjasama dengan Amazon, di mana semua produk Razer dengan sokongan Razer Chroma boleh dikawal dengan pembantu maya Alexa. Melalui arahan suara, pemain video kini boleh mengawal; seperti menghidupkan, mematikan, mengubah warna, mengubah profile dan sebagainya dengan arahan suara melalui Amazon Alexa.

Amazon Alexa ini kini hadir sebagai modul terbina dalam Razer Synapse 3. Pemain video boleh mengarah Alexa melalui mikrofon dari set fon kepala mereka sahaja. Ini adalah seperti kerjasama Razer dengan Philips sebelum ini yang Mana, sistem Philips Hue turut boleh dikawal bersama-sama dengan Razer Chroma. Tambahan lagi, Razer turut bekerjasama dengan Nanoleaf – panel LED pintar untuk dikawal bersama-sama.

Razer turut menyatakan di mana, integrasi seperti ini memberi peluang produk-produk Razer sentiasa berhubung ke awan dan kelak memberi ciri tambahan dalam permainan. Razer dan Amazon turut akan bekerjasama dengan pembangun permainan untuk mengintegrasi Alexa dalam permainan video, sekali gus memberi potensi besar kawalan suara dalam permainan video untuk pengalaman yang lebih imersif.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.