Razer hari ini telah hadir dengan sebuah gambar acah, mengatakan mereka bakal memperlihatkan “sesuatu yang besar” pada 1 November kelak. Ia tidak diketahui apakah yang bakal diperlihatkan – tetapi mereka menggunakan kata kunci “Watch”, selain memperlihatkan seorang lelaki duduk menghadap skrin peranti mudah-alih.

Razer Watch

Apakah yang bakal diperkenalkan masih menjadi misteri. Tetapi, pelbagai spekulasi sebelum ini mengatakan Razer mungkin memperkenalkan sebuah telefon pintar sebelum penghujung 2017 ini.

Razer sendiri sebelum ini telah mengambil-alih salah satu pengeluar peranti mudah-alih, iaitu Nextbit. Berkemungkinan, kita mungkin akan dapat melihat suatu inovasi baru – apatah lagi dengan jenama mereka yang menyasarkan peminat permainan video, maka ramai yang mungkin menantikan telefon pintar yang menyasarkan peminat permua.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 1 November ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Razer kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.