Berita Menarik

Razer zGold-MOLPoints sediakan banyak manfaat buat gamer

Pembaca : 10
0 0
Share Button

Bagi menarik lebih banyak minat gamer di Malaysia, Razer kini membuat pameran jelajah Razer zGold-MOLPoints bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Pameran ini diadakan selama 2 hari, pada hari Sabtu dan Ahad, 19 dan 20 Ogos 2017.

Boleh dikatakan, ini adalah acara rasmi pertama Razer di Malaysia setelah sekian lama. Pameran ini memperlihatkan pelbagai aksesori dan perkakas Razer yang diminati ramai gamer, seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala, dan banyak lagi.

Pelbagai produk Razer dipamerkan dan boleh diuji pengunjung

Pameran ini bertambah menarik apabila Razer turut mengadakan pertandingan seperti Overwatch dan Street Fighter V, yang menyediakan hadiah buat pemenang. Razer juga memberi hadiah menerusi cabutan bertuah buat pengunjung.

Bagi menghangatkan lagi pameran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Razer, Min Liang Tan turut hadir dan mengadakan sesi pemberian hadiah dan autograf bersama pengunjung.

Min Liang Tan beri hadiah kepada pengunjung pertama

Tetapi tujuan utama pameran ini diadakan adalah untuk memperkenalkan zGold kepada pengguna di Malaysia. Razer bekerjasama dengan MOL untuk mencipta kredit maya zGold-MOLPoints, yang sebelum ini dikenali sebagai MOLPoints.

zGold-MOLPoints adalah sistem mikro-pembayaran dalam talian, yang membolehkan pengguna membeli pelbagai tajuk permainan, kandungan digital dan servis menerusi pelbagai platform dalam dan luar talian.

Bagaimanapun, zGold-MOLPoints tidak sama dengan zGold. Kedua-duanya adalah kredit maya berbeza, tetapi boleh digunakan bersama di dalam sistem Razer zGold. zGold-MOLPoints memberi fokus utama di Asia Tenggara, di mana ia telah lama bertapak dan beroperasi. Pengguna MOLPOints sedia ada boleh terus berurusan seperti biasa, tetapi dengan nama baru zGold-MOLPoints.

zGold pula adalah kredit maya antarabangsa, yang boleh digunakan untuk membeli-belah di laman zVault. Buat masa ini, zGold ditetapkan pada kadar USD1 bagi setiap 100zGold.

Di laman zVault, pengguna akan menerima mata ganjaran zSilver selepas menggunakan Razer zGold untuk pembayaran. zSilver pula adalah mata ganjaran kesetiaan, yang diberikan sebagai pengiktirafan kepada keterlibatan pengguna sama ada di forum Razer Insider, ataupun penggunaan Razer Cortex. Mata ganjaran ini boleh ditebus sebagai diskaun untuk pembelian pelbagai produk Razer di Razer store.

Agak mengelirukan, tetapi adalah penting untuk mengenalpasti perbezaan zGold, zSilver dan zGold-MOLPoints, walaupun semuanya di bawah satu platform Razer. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform kredit maya Razer ini, layari laman web Razer zVault.

Jom kita ke Berjaya Times Square hujung minggu ini, untuk mencuba pelbagai aksesori Razer yang dipamerkan, sambil berpeluang memenangi hadiah dalam pertandingan dan cabutan bertuah. Pameran dua hari ini dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Pelbagai aktiviti menarik di pameran Razer zGold-MOLPOints

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.