Realme 5i Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM599

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Realme 5i.

Realme 5i memfokuskan kepada penawaran empat kamera belakang, selain dilengkapi dengan bateri 5000mAh bersama dengannya.

Realme 5i

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Melengkapkan ia juga adalah empat kamera belakang gabungan 12MP + 2MP (depth) + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar). Untuk swafoto, ia menyertakan kamera hadapan 8-megapixel.

Realme 5i ditawarkan pada harga RM599, dan bakal dijual bermula 18 Januari 2020 secara luar-talian, dan secara atas-talian bermula 28 Januari 2020 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*