Realme agak aktif dalam pengenalan peranti untuk pasaran Malaysia. Selepas pengenalan Realme 6 dan Realme 6i sebelum ini, kini pengeluar peranti berkenaan dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi variasi peranti Realme 6 untuk pasaran tempatan.

Realme 6 8GB RAM

Realme 6 baru ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama, tetapi dengan memori 8GB RAM, dan storan 128GB.

Realme 6 hadir dengan skrin 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana MediaTek Helio G90T, bateri 4300mAh, dan menyokong pengecasan pantas 30W. Ia turut hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Sebelum ini, Realme 6 versi 4GB RAM dan 128GB storan telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM999. Dengan variasi 8GB RAM ini menjelang tiba, kita mungkin akan dapat melihat ia membawa harga yang sedikit tinggi sedikit.

Realme dijangka mengumumkan penawaran baru ini melalui acara atas-talian pada 28 April 2020 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.