Realme hari ini mengumumkan mereka bakal menggunakan sensor 108-megapixel pada telefon pintar akan datang dibawah siri Realme 8, sekaligus memperlihatkan penawaran sensor bersaiz besar berkenaan kepada pasaran umum melalui peranti pada harga mampu milik.

Realme mengatakan Realme 8 kelak akan hadir dengan sensor Samsung ISOCELL HM2, pada saiz 108-megapixel.

Menariknya, kamera ini kelak akan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk rakaman video sehingga kadar 4K pada 120fps. Beberapa ciri rakaman khusus turut disertakan, termasuk kebolehan zum nirhilang sehingga 3 kali, serta rakaman Starry Mode yang dikemaskini dalam merakamkan video latar masa astrografi.

Selain itu, Realme turut mengumumkan bakal menyertakan beberapa bentuk rakaman potrait baharu – selari dengan era media sosial masa kini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Realme 8 akan diperkenalkan secara rasminya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.