Realme Buds Air Berharga RM299 Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Daripada Realme

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar Realme 5i secara rasminya, dan bersama-sama dengan ia, sebuah aksesori turut dilancarkan, iaitu fon telinga nirwayar dinamakan Realme Buds Air.

Realme Buds Air menawarkan rekaan seumpama Apple AirPods, menawarkan sokongan pengecasan nirwayar, dan dihubungkan secara Bluetooth ke peranti mudah-alih lain.

Realme Buds Air akan ditawarkan dalam warna putih sahaja buat masa ini, dan akan menyusul dalam pilihan warna hitam dan kuning.


Di Malaysia, Realme Buds Air akan ditawarkan pada harga RM299 di Malaysia. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM199 pada 21 Januari 2020 ini melalui Shopee.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.