Lanjutan daripada perkongsian laman jualan Realme Watch sebelum ini, hari ini pihak Realme telah pun melancarkan jam tangan pintar pertama mereka secara rasminya.

Dinamakan sebagai Realme Watch, ia hadir dengan skrin bersaiz 1.4-inci berwarna. Pengguna disediakan dengan sokongan integrasi paparan notifikasi dari aplikasi, selain membolehkan pengguna membuat jawapan untuk panggilan, atau mengawal media yang sedang dimainkan.

Realme Watch

Realme Watch

Jam tangan pintar ini turut menawarkan sokongan untuk memantau kadar denyutan nadi, selain memantau tahap oksigen dalam darah.

Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan 14 mod sukan, untuk memudahkan anda memantau aktiviti kecergasan berbeza dengan mudah. Untuk mengawalnya, Realme menggunakan aplikasi dinamakan sebagai Realme Link.

Realme Watch

Buat masa ini, Realme Watch telah dilancarkan di India, dimana ia menawarkan tanda harga Rs3999, iaitu sekitar RM229. Tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan di Malaysia secara rasminya.

Realme Watch

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.