Realme Narzo pada awalnya hanyalah model peranti Realme dari China atau versi negara lain yang dijenamakan semula untuk pasaran India. Tetapi tahun lepas, Narzo 20 dilihat ditawarkan di pasaran tempatan dan tidak lagi terhad di India sahaja. Terkini, Flipkart telah mengacah yang mereka bakal hadir dengan Realme Narzo 30.

Dalam video ini, ia dilihat memfokuskan kepada peranti Narzo 30 Pro 5G. Peranti ini dijangka akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 800U, skrin 120Hz dan mempunyai panel belakang dengan corak/tekstur ombak. Ia juga dilihat menyertakan pengimbas cap jari fizikal di sisi, memberi petanda yang skrin 120Hz ini adalah LCD.

Peranti ini dilihat mungkin adalah Realme 7 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran India. Bukan itu sahaja, Realme juga dijangka akan menawarkan pelbagai variasi lain seperti Narzo 30 dan Narzo 30A. Video ini memberi petanda sesuatu akan diumumkan pada 18 Februari, tetapi Realme India ada katakan yang siri Narzo 30 akan dilancarkan pada 24 Februari. Realme juga meminta pendapat peminat untuk rekaan kotak pembungkusan. Sama-sama kita nantikan esok dan 24 Februari nanti untuk lihat kejutan yang bakal ditawarkan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.