Realme sebelum ini dikatakan mempunyai perancangan untuk pengenalan sebuah peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Ternyata ianya benar dan mereka kini hadir dengan Realme V11 – yang mana dilengkapi cip berkenaan. Ia sekaligus menjadi sebuah lagi peranti 5G mampu milik, selain turut dibekalkan bateri besar dan sokongan dwi-kamera utama.

Untuk spesifikasi, Realme V11 dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia turut dibantu oleh memori sehingga 6GB RAM, ruang storan 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Tetapan kamera terdiri dengan 13-Megapixel (utama) (f/2.2) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel (f/2.0) yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Realme V11 ditawarkan pada harga RMB1199 (~RM754) untuk variasi 4GB + 128GB, sementara RMB1399 (~RM879) pula untuk variasi 6GB + 128GB. Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China terlebih dahulu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.