RM1799 RM1999 -10%

Realme Malaysia hari ini menawarkan Realme X3 SuperZoom secara rasminya di Malaysia, dan bersempena dengan promosi pengenalan, mereka menawarkan diskaun sebanyak RM200 berbanding harga jualan biasa.

Realme X3 SuperZoom

Ini sekaligus menjadikan harga jualan Realme X3 SuperZoom adalah sebanyak RM1799 berbanding harga biasa RM1999.

Realme X3 SuperZoom hadir dengan skrin 6.57-inci LTPS dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 855+, menyertakan memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Melengkapkan ia adalah kamera belakang 64MP + 8MP + 8MP + 2MP, selain kamera hadapan 32MP + 8MP. Telefon pintar ini menawarkan sokongan zum hibrid sehingga 60x.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini melalui Lazada hari ini pada harga RM1799.

Beli : Realme X3 SuperZoom

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.