Spekulasi mengenai Realme X3 SuperZoom telah kedengaran sejak lama. Petunjuk paling jelas adalah apabila peranti ini telah muncul di beberapa laman seperti pensijilan NBTC Thailand, pensijilan 3C dan pangkalan data TENAA.

Terkini, tersebar khabar angin mengatakan peranti ini mungkin didatangkan pada kebolehan zum sehingga 60X – yang menunjukkan bahawa peranti ini berkemungkinan mempunyai kamera zoom periskop.

Di samping itu, ia juga didatangkan fungsi baru dikenali “Starry Mode” di mana membolehkan pengguna menangkap gambar Bima Sakti. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi di peringkat ura-ura dan belum dapat disahkan lagi buat masa ini.

Sebelum ini, Realme X3 SuperZoom dilaporkan mungkin menyertakan kapasiti bateri sebesar 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi lain masih belum diketahui. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut di masa akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.