Redmi 8 Diperkenalkan – Hadir Dengan Bateri 5000mAh, Pengecas USB-C, Dwi-Kamera Belakang

Redmi sedia terkenal dengan penawaran peranti berspesifikasi asas mereka, dan hari ini mereka telah pun melancarkan telefon pintar dengan penawaran asas mereka yang terbaru, iaitu Redmi 8.

Redmi 8

Redmi 8 hadir dengan skrin 6.22-inci dengan rekaan bertakuk, dijana cip Snapdragon 439, memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB.

Untuk rakaman gambar, Redmi 8 menggunakan kamera belakang 12-megapixel Sony IMX363 yang turut digunakan pada Poco F1 sebelum ini, selain dilengkapkan dengan sensor kedua untuk depth. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 8-megapixel dihadapan.

Redmi 8

Pada bahagian bateri, Redmi 8 menggunakan bateri 5000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecas USB-C. Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan IR Blaster, bicu audio 3.5mm, dan juga sokongan radio FM.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di India sahaja pada harga bermula INR7,999 iaitu sekitar RM472.

Redmi 8

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.