Tahun lepas, Redmi mula memasuki arena pengkomputeran dengan melancarkan beberapa komputer riba dan juga paparan. Redmi 1A menjadi paparan pertama Redmi dan tahun ini, mereka dilihat ingin kembangkan lagi produk ini bersaing dengan jenama Xiaomi.

Paparan terbaru mempunyai nama yang asas, iaitu Redmi 27-Inch Monitor. Paparan ini seperti namanya sendiri, menggunakan skrin bersaiz 27-inci dari panel IPS dengan resolusi FHD serta kadar segar semula 75Hz. Paparan Redmi ini menyokong warna 100% sRGB, kontras warna 1000:1, sudut pandangan 178 darjah, perlindungan mata, boleh ubah pelbagai arah dan kekal dengan nisbah 16:9.

Harga jualan adalah 799 Yuan, iaitu sekitar RM500 sahaja. Ini adalah paparan asas yang dijual lebih murah dari jenama lain dengan rekaan yang lebih moden dan cantik .

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.