Redmi K30 Ultra Tersenarai Di TENAA – Mungkin Dijana MediaTek Dimensity 1000?

Mengitar semula rekaan sesebuah peranti adalah satu trend daripada Xiaomi bagi menjimatkan kos, agar peranti mereka kekal dijual pada harga mampu milik. Lihat sahaja siri peranti Redmi Note 9, di India ada banyak variasi, di Malaysia lain variasinya, malah di India salah satu model dijenamakan sebagai Poco M2 Pro yang bezanya hanyalah bateri dan sistem pengecasan.

Begitu juga dengan variasi Redmi K30, yang mana untuk Pro ia adalah Poco F2 Pro. Terkini di TENAA, telah tersenarai sebuah peranti yang menggunakan nombor model M2006J10C – atau Redmi K30 Ultra. Ia adalah 100% sama dari segi rekaan dengan K30 Pro, iaitu skrin 6.67″ FHD+ AMOLED, bateri 4400mAh battery, pilihan memori 6GB/8GB/12GB RAM dan storan 128GB/256GB/512GB. Turut menyokong 5G, kamera utama 64MP, kamera swafoto 20MP dan cip pemproses dengan kuasa 2.6GHz.

Menurut ura-ura, ia mungkin akan menyokong pengecasan pantas 33W dan mungkin dijana dengaan cip pemproses MediaTek Dimensity 1000. Tetapi kami mengesyaki, ia mungkin akan menggunakan Dimensity 1000+ kerana kuasa 2.6GHz – Dimensity 1000 hanya 2.0GHz. Apa-apa pun, nama Ultra ini akan mengelirukan orang ramai – kerana Pro menggunakan cip peranti mercu tetapi Ultra menggunakan cip kelas pertengahan premium.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*