Siri Redmi Note 10 baru sahaja dilancarkan untuk pengguna di Malaysia, sebentar tadi. Terdapat dua buah model berbeza yang ditawarkan dan salah satu daripadanya adalah Redmi Note 10.

Selain daripada variasi 6GB RAM, peranti pintar ini turut ditawatkan dalam variasi lebih rendah – iaitu 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 sahaja. Lebih menarik, anda juga boleh membeli peranti pintar ini pada harga lebih rendah RM649 ketika jualan Flash Sale di Lazada pada 8 – 9 Mac 2021.

Untuk spesifikasi, Redmi Note 10 dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED DotDisplay. Seterusnya, ia dijana cip Snapdragon 678, GPU Adreno 612, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (f/1.79) (sudut-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Kamera hadapan pula 13-Megapixel (f/2.45). Spesifikasi lain termasuklah – sambungan port USB-C, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan sebagainya.

Beli : Kedai Atas Talian Rasmi Xiaomi Di Lazada

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.