Redmi Note 7 Dengan Jaminan 18 Bulan Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Sekitar 19 Mac 2019

Xiaomi pada awal tahun ini telah mengasingkan Redmi sebagai jenama tersendiri – dan peranti pertama yang diperkenalkan oleh mereka adalah Redmi Note 7. Terkini, mengikut gambar acah yang dikongsikan salah satu pengedar tempatan, iaitu DirectD, mereka memperlihatkan seumpama peranti berkenaan akan ditawarkan secara rasminya di Malaysia sekitar 19 Mac kelak.

Redmi Note 7

Redmi Note 7 hadir dengan skrin 6.3-inci bertakuk, dijana Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera gabungan 48-megapixel + 5-megapixel dibelakang, dan bateri sebesar 4000mAh.

Xiaomi Redmi 7

Xiaomi Redmi 7

Menariknya, peranti ini turut mengekalkan ciri-ciri seperti bicu audio 3.5mm dan sokongan IR Blaster.

Set Malaysia kelak turut dijangka akan hadir dengan sokongan jaminan selama 18 bulan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Xiaomi mengenai penawaran Redmi Note 7 ini di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.