Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro Dan Mi Note 10 Lite Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Pertengahan Mei 2020

Xiaomi semalam telah pun mengumumkan tiga telefon pintar baru dibawah siri “Note”, dimana dua hadir pada sub-jenama Redmi, dan satu lagi dibawah jenama utama Xiaomi. Tiga telefon pintar berkenaan adalah Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro dan juga Xiaomi Mi Note 10 Lite.

Bercakap mengenainya, kini pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan ketiga-tiga telefon pintar berkenaan akan ditawarkan pada pertengahan bulan Mei ini di Malaysia.

Redmi Note 9 Pro

Redmi Note 9 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci, dijana cip Snapdragon 720G, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menggunakan bateri 5020mAh, empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan kamera swafoto 16-megapixel.

Redmi Note 9

Redmi Note 9 pula hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip MediaTek Helio G80, memori 3/4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan kapasiti bateri sama, iaitu 5020mAh. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang menggunakan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 13-megapixel.

Mi Note 10 Lite

Mi Note 10 Lite pula hadir dengan skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menawarkan bateri sedikit besar, iaitu 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP, selain kamera swafoto 32MP.

Buat masa ini, harga jualan ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam seminggu dua lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*