Redmi Note 9S Dengan Snapdragon 720G Kini Boleh Didapati Pada Harga RM699

RM699 RM799 -13%

Selain Realme, satu lagi telefon pintar yang ditawarkan pada harga diskaun pada hari ini untuk waktu terhad adalah Redmi Note 9s. Ia baru sahaja dilancarkan dan ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM799. Tetapi, khusus untuk hari ini, Redmi Note 9S ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM100.

Redmi Note 9s

Redmi Note 9S hadir dengan skrin 6.67-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 720G, memori 4GB RAM, storan 64GB, dan bateri 5020mAh. Ia turut dilengkapi kamera utama 48-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Redmi Note 9S ini pada harga RM699 hari ini untuk waktu terhad sehingga 2 pagi.

Beli : Redmi Note 9s

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*