RedmiBook 14 Ryzen Edition Mula Dijual Di China – Harga Sekitar RM1777 Sahaja

RedmiBook mual diperkenalkan pada lima bulan lepas. Ia adalah komputer riba dari Redmi dan dijual pada harga yang lebih murah dari komputer riba jenama Mi. RedmiBook mula dikemaskini dengan spesifikasi yang lebih berkuasa pada bulan Ogos lepas dan masih dijual pada harga sekitar RM2000.

Hari ini, Redmi memperkenalkan RedmiBook 14 edisi Ryzen pula. Cip pemprosesan yang ditawarkan adalah dari Ryzen 5 atau Ryzen 7 dan dipadankan dengan memori 8/16 GB RAM dan storan dalaman 256/512 GB SSD. Harga pula dijual dari RMB2,999 sehingga RMB3,799 – iaitu sekitar RM1,777 sehingga RM2,244.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.