Komputer riba mercu Redmi pertama, iaitu RedmiBook Pro akhirnya rasmi dilancarkan. Ia hadir dengan pilihan skrin 14-inci atau 15-inci, dijana cip pemprosesan Intel Core i5/i7 Tiger Lake, laptops come in a single Star GPU Intel-Xe atau Nvidia MX450. Untuk memori dan storan, Redmi menawarkan pilihan 16GB DDR4 3200MHz RAM, dan 512GB PCIe SSD.

RedmiBook Pro dibina dari aluminium siri-6 dan CNC, versi 14-inci menggunakan skrin beresolusi 2.5K, 15-inci resolusi 3.2K, nisbah skrin adalah 16:10 dan turut mempunyai sudut pandangan 178-darjah. Ia menyokong sRGB 100%, perlindungan TUV dan DC Dimming. Kecerahan pula mencapai 300 nits dan untuk versi 15-inci ia menyokong kadar segar semula 90Hz boleh-suai. Rekaan skrin adalah dengan bingkai nipis, tetapi dagu tebal untuk jenama Redmi.

Untuk bateri, versi 14-inci mempunyai kapasiti 56WHr dengan sokongan pengecasan 65W, versi 15-inci pula hadir dengan bateri 70WHr dengan sistem pengecasan pantas 100W. Kamera web adalah 720p, dengan sekuriti pengimbas cap jari, sistem operasi Windows 10 Home China, pembantu digital Xiao Ai hadir terbina. Xiaomi turut menawarkan MIUI+ dan juga perisian Microsoft Office Student. Pemnesar suara pula adalah 4W.

Untuk port sambungan RedmiBook menawarkan 1x USB-C Thunderbolt 4, 1x USB-C generasi 3.2, 1x USB-A 2.0, port bicu audio 3.5mm dan juga 1x HDMI. Manakala untuk rangkaian, ia menyokong Wi-Fi 802.11ax (Wi-Fi 6) dan juga Bluetooth 5.1.

Warna terhad dengan Star Gray sahaja, dan ia dijual pada harga bermula 4,699 RMB dan mencapai sehingga 6,299 RMB – iaitu sekitar ~ RM2942 – RM3944.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.