Masihkah ada pembaca Amanz yang menggunakan peranti Blackberry? Sekiranya ada, anda pasti akan menyukai berita pagi ini. Rekaan Blackberry Motion tertiris pagi ini sekali lagi dari @evleaks. Sebelum ini ia dikenali dengan kod nama Blackberry Krypton. Peranti ini akan mempunyai kemampuan kalis air IP67.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi ataupun saiz skrin. Tetapi dari gambar di atas ia sebuah peranti yang kembali kepada rekaan skrin sesentuh sepenuhnya dengan dagu yang agak besar lengkap dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Dari segi bentuk ia mengingatkan kami kepada Blackberry KEYone cuma tanpa papan kekunci fizikal. Blackberry dilaporkan akan melancarkan peranti baru mereka bulan ini. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Motion yang sedikit aneh ini?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.