Nubia sebelum ini sedia hadir dengan penawaran sejumlah peranti boleh-pakai seperti Nubia Alpha dan Nubia Watch. Dalam perkembangan terkini, mereka dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan jam tangan pintar baharu tetapi dengan rekaan lebih konvensional. Dikenali sebagai RedMagic Watch, jam tangan ini dilaporkan telah melepasi pangkalan data FCC.

Pada masa sama, beberapa imej yang memaparkan rekaan dan manual pengguna untuk jam tangan ini turut dikongsi. Melaluinya, kita boleh lihat ianya menampilkan reka bentuk klasik dengan muka jam berbentuk bulat bersama dua butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam. Sekali imbas ia menyerupai rekaan pada Huawei Watch GT 2 Pro. Seterusnya, ia hadir dengan skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED bersama resolusi 454 x 454 piksel.

Saiz bateri adalah 420mAh dan dilengkapi sokongan pelindungan kalis air 5ATM. Spesifikasi lain termasuklah – dilengkapi sokongan Bluetooth 5.0 LE, GPS + GLONASS dan sejumlah sensor terbina termasuk untuk kadar degupan jantung, pengesan geomagnetik, gyroscope, dan sensor cahaya ambien. Dalam itu, ia juga dikhabarkan hadir dalam pilihan kulit untuk rekaan yang lebih elegan

Buat masa ini, itu sahaja maklumat berkaitan jam tangan ini yang ditemui. Ia juga nampaknya masih kekal rahsia kerana info lanjut termasuk berkaitan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui. Tetapi, seperti biasa pasti lebih banyak maklumat berkaitan jam tangan ini yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.