Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy M40 Tetriris Dengan Lubang Kamera Pada Skrin

Samsung Galaxy M40 akan dilancarkan di India pada 11 Jun hadapan. Rekaan dan spesifikasi sebuah lagi peranti ini telahpun tertiris ke arena web dan menunjukkan ia sebuah lagi peranti Samsung dengan skrin Infinity-O.

Peranti akan dilengkapi skrin sebesar 6.3″ SAMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 675. memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera swafoto 16-Megapixel , kamera utama 32+8+5, dan bateri sebesar 5000 mAh. Ini juga menjadikannya peranti pertama dalam keluarga Galaxy M dengan sistem trikamera. Turut disertakan ialah sokongan pengecasan pantas tetapi output kuasa masih belum diketahui.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.